Tuesday, August 08, 2006

Kaji semula skim caruman KWSP beli unit amanah

This is not a national crisis lah.... There are more people who have gained benefit from their investment with UT...

Oleh HAMDAN TAWADI

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Orang ramai menggesa kerajaan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengkaji semula pengeluaran caruman bagi tujuan pelaburan dalam unit amanah kerana ia mendatangkan kerugian.

Mereka berpendapat, ketiadaan pengetahuan dalam selok belok pelaburan dan mudah percaya kepada ejen unit amanah terbabit merupakan punca mereka mengalami kerugian.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pencarum juga mudah gelap mata apabila dijanjikan keuntungan dalam masa singkat.<-- Unit Trust adalah pelaburan jangka sederhana dan juga jangka panjang... sape pulak yang berikan fact pelaburan ini beri keuntungan dalam masa yang singkat?

Kerani swasta, Habsah Ahmad, 54, yang telah mengeluarkan caruman bagi tujuan itu berharap kerajaan dan KWSP menarik balik kebenaran tersebut kerana berpendapat kebanyakan pencarum tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang unit amanah.

<>‘‘Kerajaan dan KWSP sepatutnya melindungi kepentingan pencarum kerana kebanyakan mereka termasuk saya, kurang pengetahuan tentang unit amanah dan tidak menyedari bahawa pelaburan tersebut juga terdedah kepada risiko kerugian,” katanya. <-- this is so vague, tak menjawab isu. Puan ni adalah seorang pelabur. Beliau tidak menyatakan beliau ni da mendapat untung ataupun kerugian dan kalau rugi, sukalah kami ingin bertanya, dah berapa lama Puan ni dah invest? Kalau tak faham kenapa invest?

Unit Trust industry di Malaysia ada regulator ok.... Tugas regulator (Suruhanjaya Sekuriti) adalah memastikan pelaburan di UT ni selamat... mereka ni yang melindungi kepentingan para pelabur... bukan EPF :-) Sebab EPF juga melabur berjuta-juta ringgit di Unit Trust...

Pekerja hotel, Mohd. Joefry Mohd. Arif, 30, turut sependapat dengan Habsah bahawa kebanyakan pencarum hanya melabur disebabkan pengaruh rakan-rakan.

<>‘‘Kebanyakan mereka terpengaruh dengan cerita rakan-rakan tentang unit amanah yang kononnya menjanjikan keuntungan tanpa melakukan kajian terlebih dahulu,” jelasnya. <-- penting... you kena buat kajian dahulu.... sometimes track record pun penting... sebab since we have done it before..the probability nak buat lagi dan lagi adalah tinggi! :-) *www.publicmutual.com.my

Ahli perniagaan, Saharuddin Omar, 38, menggesa kerajaan mengkaji semula pelantikan Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilihat gagal membuat pelaburan menguntungkan.

‘‘Kewibawaan IPD yang dilantik boleh dipertikaikan berikutan kerugian ini dan sesuatu mesti dilakukan untuk menyelamatkan duit pencarum,’’ katanya. <-- currently ada 36 private UT companies in Malaysia. Ini tidak termasuk yang state own Fund Managers (mostly RUGI!) Apa jadi dengan Amanah Saham Johor? Amanah Saham Selangor? Kenapa Public Mutual dll boleh beri keuntungan dan mengapa Amanah Saham yang state own tak boleh nak beri keuntungan??

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan kira-kira 80 peratus pencarum KWSP yang melabur dalam unit amanah mengalami kerugian bernilai kira-kira RM600 juta.

Sementara itu, kakitangan kerajaan, Norfazilah Mat Nordin, 45, merasakan KWSP telah lari daripada matlamat asalnya sebagai tabung untuk simpanan hari tua.

‘‘Konsep asal KWSP iaitu simpanan untuk hari tua perlu dikembalikan dan bukannya amalan pelaburan berisiko tinggi seperti sekarang,” ujarnya.

Mohd. Isa Mohd Nor, 35, pula menyatakan bahawa pengeluaran sewajarnya dibataskan kepada keperluan yang mendesak sahaja.

<>‘‘Saya rasa pengeluaran caruman wajar dihadkan untuk keperluan utama seperti perbelanjaan pendidikan dan pembelian rumah,” katanya. <-- excuse me... korang semua da lupa ke?? Tahun lepas EPF buat kajian.. 70% orang2 yang pencen ni... keluarkan duit2 EPF umur 55... habiskan duit2 tu dalam masa 3 tahun??? Kenapa?? Bukan ke dahulu kerajaan sendiri yang cakap simpanan di EPF tak mencukupi?? Maka oleh yang demikian, pada tahun 1996, Kerajaan benarkan para pencarum mendapatkan khidmat pelaburan di tempat lain.

Why don't we ask... if Fund Managers boleh kasik 8%-13% p.a returns from their investment.. kenapa EPF hanya kasik 4%-5%?? Ternyata... simpanan di EPF tidak banyak mana pun... Inflasi sahaja sudah almost 4%. Apa yang tinggal???

Pegawai syarikat swasta, Mohd. Taha Baharudin, 49, menyarankan agar kebenaran bagi pengeluaran caruman tersebut dihentikan segera seperti yang dilakukan kepada pengeluaran caruman untuk pembelian komputer. <-- saya tak setuju. Kalau Encik ni tak nak keluarkan duit simpanan EPF tu dan dilaburkan ke UT... by all means.. please stay there... Tapi jangan paksa orang lain yang faham akan konsep UT yang baik ni untuk melabur di UT. Jgn jeles bila orang lain boleh round the world bila dah pencen dan anda hanya mampu round Malaysia sahaja.... :-)

Dalam pada itu, pengajar bebas, Saleh Rashidi Daud, 40, berpandangan pelaburan wajar dihadkan kepada unit amanah yang telah terbukti kejayaannya.

Juruteknik sebuah syarikat swasta, Wang Ink Hong, 32, menegaskan bahawa perlu ada kajian mendalam tentang aspek ini kerana ia membabitkan sejumlah besar wang rakyat.

‘‘Adalah menjadi hak pencarum untuk mengeluarkan wang caruman mereka dan menjadi tanggungjawab KWSP untuk mengkaji secara mendalam tentang potensi unit amanah kerana ia membabitkan duit rakyat,” jelasnya <-- cuba tengok gaya dan cara Chinese Malaysian menjawab and compare it to the Malay Malaysian menjawab terhadap isu yang sedang di bincangkan... :-) Itu adalah hak pencarum... yup...

Lain kan? :-)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home